Cerita panjang Pembunuhan_kerabat_diraja_di_Nepal

Majlis makan malam di istana, pada pukul 19.57 (waktu tempatan). Dipendra minum sehinggalah dia mabuk dan mengambil sedikit minyak Hashish (yang diambil dari daun kanabis). Sebelum pembunuhan itu, Dipendra memberitahu ayahnya untuk tinggalkan majlis tersebut. Dia telah dibawa oleh adiknya Putera Nirajan dan saudara terdekatnya Putera Paras[2].Sehinggalah dia marah di biliknya kerana mereka enggan memilih Devyani Rana, kekasih Dipendra.

Satu jam kemudian, dia kembali dengan senjata H&K MP5, Franchi SPAS-12 dan M16. Dia mencubai satu tembakan ke siling sebelum menembak ayahnya sendiri. Pada mulanya, dia menembak satu makciknya dan kemudian Dhirendra, Dhirendra mencuba untuk memberhentikan Dipendra dari menembak sesiapapun.[2] Putera Paras mempunyai sedikit kecederaan, dia menguruskan mereka yang lain untuk mengelak mereka dari dibunuh[2]. Berikutan laporan itu ayahnya cuba mengambil senjata itu untuk menembak Dipendra. Selepas ditembak, dia cuba mengambil sebuah senjata M16 yang dijatuhkan itu. Kemudiannya Putera Paras berkata, "Dia (Shova) melihat Dipendra mempunyai satu senjata tetapi dia tidak tahu bahawa Dipendra mempunyai banyak senjata"[3].

Ibunya, Aishwarya, datang keluar dari bilik dan menjerit untuk meminta tolong[4]. Adiknya Putera Nirajan dan ibunya menentangi Dipendra di sebuah taman di istana itu. Namun kedua-duanya ditembak berkali-kali. Dipendra pergi berarah ke sebuah jambatan itu dan membunuh dirinya[2]. Lamteri, staf tentera untuk istana tersebut, berkata bahawa Dipendra menembak dirinya dengan enam das tembakan[1].

Berkaitan